Kisah dua generasi jagoan jalanan yang memotret liku-liku hidup anak kampung yang punya jiwa besar. Cerita seorang lelaki yang dipalit dugaan maha berat untuk meneruskan kehidupan bersama isteri dan anaknya yang tercinta saat krisis ekonomi melanda pada tahun 1998. Tanggungjawab yang menggunung dipikul bagaikan terkalih sedikit bebanannya tatkala di sisnya masih punya sahabat sehidup semati, Remy yang kemudiannya membawa dia ke satu perlumbaan penting demi menyelamatkan anaknya yang disahkan menghidap penyakit jantung berlubang. Tetapi takdir menentukan dia mengalami kecelakaan yang menyebabkan Ustaz Shapirol terpaksa menjual tanahnya kepada seteru mereka, Joe Stereng. Semuanya dilakukan demi satu nyawa!
Add to Cart
More Info
Wednesday, June 4, 2014
BERCINTA DI BALIK API
Perghh!! Bukan senang berjalan di atas muka bumi sebagai seorang anak luar nikah. Sanggup manusia-manusia yang lahir dari persetubuhan yang halal menyamakan aku dengan seekor binatang yang haram. BABI! Apakah aku yang bersalah? Sedangkan perkara itu dilakukan oleh ibu aku! Wahai masyarakat, seandainya kamu tidak menerima insan seperti aku, bagaimana kami mahu membuktikan insan seperti kami tidak mewarisi dosa keturunan kami – Leman
Add to Cart
More Info
MISTERI NASI KANGKANG
Bukan senang aku mahu memberi hati lelaki aku ini kepada orang lain. Sekali aku bagi pada kau, dia milik kau selama-lamanya. Aku sudah berjanji pada diri aku. Wanita yang berjaya memiliki hati ini, akan aku curahkan segala-galanya pada dia. Tapi apabila aku beri pada kau, kenapa kau masih meragui cinta aku, perempuan? Tak cukupkah dengan segala pengorbanan yang telah aku lakukan? Aku sayang kau sepenuh hati aku! Sumpah aku sayang kau! Tapi kenapa kau memperdajalkan aku?- Fahmie
Susah untuk aku cakap. Erti cinta. Yang boleh saja membuat semua manusia gila. Termasuk aku. Biarpun orang selalu menganggap aku ustazah berdasarkan pakaian aku, tapi aku juga lemas dan lemah dek cinta. Aku manusia biasa, bukan maksum. Ada nafsu, yang kadang-kadang sukar dijaga. Kerana cinta juga, aku sanggup buang apa yang aku pakai. Aku sanggup membelakangi apa yang aku beriman.- Badrina.
Add to Cart
More Info
CINTA KOMEDI ENAM DARJAH
Mengisahkan enam narrator dari enam novel Nami Cob Nobbler sebelum ini- Hafiz, Faris, Wan, Nizam, Puspa dan Bunga Ramona; menceritakan tentang enam kematian yang mengubah enam narrator ini. Juga kesimpulan kepada semua kisah yang pernah digarapkan, dan setiap watak-watak sebenarnya tanpa disedari mempunyai hubungan antara satu sama lain.
Inspirasi dari sebuah drama arahan calon Anugerah Pulitzer, John Guare dan filem arahan Fred Schepisi, Six Degrees of Separation, dan sedikit pengaruh dari Mark Zuckerberg dari Facebook yang jadi kaya-raya kerana hubungan sesama manusia- dipisahkan cuma dengan enam darjah
Add to Cart
More Info
COKLAT (MANISNYA CINTAMU)
Sinopsis- Kisah seorang gadis penggemar coklat bernama Orvala yang bertemu dengan Aruna pemilik Fedde Velten Cafe. Pertemuan ini menyebabkan Orvala dapat merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang pembancuh coklat. Hubungan mereka semakin rapat sehingga pada suatu hari Juno, kekasih lama Orvala pulang dan berlaku perselisihan faham di antara mereka.
“Rintik hujan malam itu tak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Loceng angin di atas kafe berdenting nyaring. Aku menikmati hangatnya coklat layaknya sebuah cermin. Kepada siapa sebaiknya aku kirimkan cinta dari hati ini. Saat Fedde Velten Cafe mempertemukan kami kembali. Secawan coklat mengingatkanmu pada kisah lama itu lagi,”
Add to Cart
More Info
RASUK (ANTOLOGI CERPEN)
Al Insan Hayamunnatik
Manusia Itu Haiwan Yang Berfikir.
Namun….
Manusia Itu Berfikir Menggunakan Akal…
Maka
Yang Berfikir Tidak Menggunakan Akal,
Layakkah Mereka Digelar Manusia?
Yang Berfikir Berpaksikan Syaitan,
Patutkah Mereka Digelar Orang?
Yang Berfikir Mengikut Nafsu,
Apakah Perbezaan Mereka Dengan Hantu?
Namun,
Begitu Ramai Yang Berusaha Menyerupai Binatang
Malah, Sanggup Menyembah Syaitan
Asalkan Nafsu Kepuasan
Langsung Tidak Memikirkan Bala Tuhan…
Wahai Manusia
Jangan Kerana Rasukan Nafsu,
Kau Sanggup Menduakan Tuhan Yang Satu,
Dan Tunduk Pada Syaitan Terkutuk…
Add to Cart
More Info
SAKA (SEQUEL B.A.B.I.)
“Kalau Tuhan tanya apa yang aku tak nak hilang di dunia mahupun akhirat, aku akan jawab, MAK! Walaupun diganti dengan primadona terbaik dunia, diberi bidadari tercantik syurga. Mak tetap menjadi insan yang aku mahu sentiasa ada. Sebab apa? Mak sanggup lawan kematian semata-mata untuk lahirkan aku. Kalau aku, belum tentu aku sanggup. Biarpun ramai yang cuba jadi Tuhan dan cakap mak aku ahli neraka!”- Leman
Add to Cart
More Info
LOLOS PENJARA (THRILLER)
Dell merupakan banduan dalam Penjara Sungai Buloh yang telah diswastakan. Kematian cellmate-nya iaitu arwah Zawi dan permintaan arwah yang mahu Dell menyerahkan surat kepada anak gadis arwah, telah menyebabkan Dell nekad untuk meloloskan diri daripada penjara melalui bantuan Maximus serta lima orang banduan lain. Apabila rancangan mereka diketahui Budin Buncit, Dell menawarkan diri untuk terus tinggal dalam penjara untuk menutup mulut Budin Buncit. Sebagai balasan, Dell minta Maximus untuk serahkan surat arwah Zawi kepada Nadia yakni anak gadis arwah Zawi
Add to Cart
More Info
Subscribe to:
Comments (Atom)
GALLAGHERS